Monday, August 2, 2010

My Sewing Machine..

Sabtu baru ni (31/7) persi ke LSN (Lings Service Network (M) Sdn Bhd) , No 24D Jalan Damai Perdana 1/8C , Bandar Damai Perdana , 56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur..
Punya la jauh ek..
Dari Sungai Buloh ke Cheras, semata-mata nak cari mesin jahit.. Bukan pe, dari forum yang aku baca, servis kat sini bagus.. Pekerja2 nya bagus, layan pelanggan dengan baik..

Berpusing2 gak cari kedai ni..
Salah sorang dari pekerja kat situ tanya, aku nak beli mesin jahit pe? Ciri2 camne nak, minat tak dengan sulam2..
Aku cakap, just nak cari mesin tuk jahit langsir, jahit baju.. tak payah la sulam2 tu..
Dia dah siap nak tunjuk kat aku cara guna embroidery machine...


Nilah salah 1 Embroidery Machine tu.. Harganya RM8000*.. Ada yag yang
RM 2000*..
Harga ni tak masuk ngan software nye lagi..
Software? Machine ni, create gambar guna computer..
So, bukan la sulam bebas cam zaman mak2 kita dulu..
Pekerja kat situ cakap kalau orang yang tak pandai menjahit pun boleh buat sulam2..
sebab machine nya dah canggih.. Ada 1 machine tu RM36 000.. Sulam gambar orang, Cantikkkk!!! Contoh gambar yang dia buat, gambar Ronaldo n Jessica Alba.. So, kawan2 sapa yang nak bisnes embroidery secara meluas boleh la beli machine ni..

Pekerja tu nak tunjuk guna embroidery machine tapi aku tolak.. Sebabnya aku dah ada model machine yg aku nak.. Mesin Jahit Brother NV50
Aku terus mintak dia tunjuk ajar je guna machine yg aku nak beli..
Ni la machine yg aku beli, akhirnya selepas survey banyak kali ngan member2 forum dekat WMC (WanitaMelayu.Com)..
Sebenarnya aku tak lah bayar cash pun beli sewing machine ni.. Buat installment.. Tu pun lepas bincang2 ngan husband.. My hubby said, duit yang ada tu simpan la (tuk emergency).. Sebab wat installment guna Maybank Card kan 0% interest.. Sama je kalau kita bayar cash or bayar bulan2..
So aku pun amik la keputusan tuk buat instalment je, 12 bulan..
Hari ni, da start jahit langsir... Memang best guna mesin jahit ni.. Walaupun bukan jenama terkenal cam 'singer'..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home