Friday, September 19, 2014

The Unsung Hero

Karya ke4 Melur Jelita. Mmg sangat menanti karya kak MJ. The Unsung Hero (HERO) berkisar tentang 2 org sepupu Irvan dan Maryam. Tak tau nak review apa.. Kak MJ pun dah warning jgn bg tau lebih2. Spoil orang yg lum baca. Tp yg pasti perasaan tiap kali habis baca novel Kak MJ mmg susah nak digambarkan.

Cuma novel HERO ni macam ada smbungan jer. Ada misteri yg tak terungkai. Penamat pun mcm tiba2 jer.. huhu. Tapi kalau ada sambungannya pun best jugak.

Karya Kak MJ mmg ramai yg ternanti-nanti. Namun x semua orang bole hadam dengan cara penulisan beliau. Lain org lain citarasanya.. cuma bagi aku karya beliau mmg best.

Labels: , ,

Tuesday, September 16, 2014

Sorry, Aku Bukan Dia!

Novel ke2 Iza Safiya yg ada dalam koleksi aku. Pada aku ia sebuah kisah yang agak berat. Hani Mariya yg dibelenggu kecelaruan perasaan. Semuanya berlaku selepas mengalami kemalangan jalan raya yg meragut nyawa anaknya dan menyebabkan suaminya koma. Apabila sedar dr pengsan selepas 2 hari dia berilusi yg anaknya Hana masih hidup dan suaminya Hans Muneef berkerusi roda. Hans Muneef pula semakin lama keadaan semakin teruk sehingga kematian otak. Namun Hani Mariya enggan menandatangani borang utk hentikan mesin bantuan hayat.

Dipertemukan dengan Hazry sebagai driver keluarga Hani Mariya. Hani mula melukis semula di patio dan lukisannya mendapat perhatian. Sehinggalah suatu jari Hani disedarkan dgn kenyataan yg Hana sudah tiada. Sesukar manapun Hani cuba jg utk terima kenyataan. Hani jg bersetuju utk hentikan mesin bantuan hayat suaminya.

Hazry dlm simpati diam2 menyimpan rasa kpd Hani. Sewaktu mesin bantuan hayat Hans Muneef dihentikan, Hazry diarahkan ke Tangkak. Permintaan Hani yg tidak mahu orang memandang serong jika Hazry berada di sisinya. Hampir sebulan jg Hazry tidak tahu yg Hans Muneef sudah meninggal dunia. Apabila tahu yg Hans Muneef sudah tiada Hazry amat kecewa. Hazry yg ingin sentiasa di sisi Puan HM nya. Hazry kecil hati seperti dirinya tidak diperlukan.

Mereka berbaik semula. Hani dan ibuayahnya menunaikan umrah. Selepas pulang dr umrah Hani meminta Hazry menikahinya. Adakah Hazry menerimanya? Apa yg terjadi selepas itu? Boleh dptkan novel SORRY, AKU HUKAN DIA! Karya IZA SAFIYA.

Labels: , ,